Adsense

Monday, January 16, 2012

meluatnya -___-''

Assalammualaikum .

aku tak tau nak melepaskan ketidak-puas-hatian aku ni kepada siapa, memandangkan semua kaunselor aku sedang sibuk. tambahan lagi seorang daripadanya akan berangakat ke UTP esok -___-'' ceritanya bermula begini , hari adalah turn aku untuk buat assignment malaysian studies . setiap weekdays kitorang kena cari dua keratan akhbar pastu tampal and buat summary pasal berita tu. esok turn leader group aku . jadi aku sedaya upaya menyiapkan assignment tu malam ni sebab nak pass buku tu kat leader aku . aku tengok group lain semua pass malam ni.

  then aku text lah leader aku tu tanya 'kau nak aku pass buku tu bila ?' . dia tak reply , so aku sambunglah menyiapkan assignment aku tu sampai siap. but still no response . tah maybe sebab aku penat kot harini nak siapkan assignment english lagi memandangkan aku secretary , aku jadi geram. then aku text dia lagi ' (nama penuh beliau ), kau nak buku tu bila? ' . siapa siapa yang pernah dapat text mesej aku , dan aku tulis nama penuh siap nama ayah, thats mean aku geram gila. kalau ada ice cream malam ni aku dah borong dah semua, tension habisan. then , bila aku balik bilik, aku check fon maxis aku ada mesej dari beliau cakap nak tengok assignment tu esok. how come dia tak perasan mesej aku dekat fon number celcom dia ? and sejak bila number maxis aku jadi number rasmi pertuturan kitorang ? ahh, persetan . aku penat gila malam ni .

adik aku tetiba tanya . 'kakak , kenapa surah at taubah takda basmalah and masa perang apa dia turun ?'. sebab tu aku tau lahh, masa perang apa sumpah aku tak tau. dear adik,kakak kamu ini cetek general knowledge nya . lagi-lagi sudah lama meninggalkan zaman sekolah agama. aku pun jawablah 'surah tu turun time Allah murka tak silap akak masa perang Tabuk '. cehh, mesti adik aku ingat aku power sebab dapat jawab soalan dia dengan sekali lafaz, padahal jawapan tu semua ihsan dari google -___-'' .

aku suka crispy yang macam arifi bagi petang tadi . mula mula dia bagi aku jawab 'taknak lah , makanan budak-budak ' pastu kali kedua dia bagi aku amek lalu bukak dan makan dengan rakus nya . heaven. ' sedap dohh arifi :) ' . 'tadi kau kata makanan budak budak -___-'' '

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...