Adsense

Wednesday, June 5, 2013

Layered Cheese Biscuit Recipe

Assalammualaikum


sempena cuti sekolah yang tinggal beberapa hari saja lagi marilah kita memenuhi masa lapang dengan mencuba resepi baru . senang aje and sedap . actually aku tak tahu nak panggil dia apa. aku rasa dia sejenis cake,tapi my mom said it's a biscuit. hmm pape je lah , janji sedap. rasa dia lebih kurang macam kek batik tapi procedure pembuatannya less leceh compare to kek batik . takpayah masuk dalam kuali gaul gaul sejukkan . say NO kepada procedure yang leceh ! haha bagi peminat cheese anda pasti menggemarinya . eceh . 

okay rakan rakan , bahan bahan yang diperlukan ialah ;

Tatura Cream Milk 250 grams (selalu beli kat tesco)
Susu Pekat - setengah tin
Biscuit Cheese
Serbuk Milo
Serbuk Oats

tu je , simple kan . tak guna telur so logic jugak lah mama tak panggil dia cake :)
cara cara dia pun simple je , orang yang tak reti masak macam aku pun boleh buat . so far aku dah buat tiga kali ,alhamdulillah jadi :)

1. Dengan mengguna kan mixer , mix kan tatura cream milk tu bersama susu pekat selama lebih kurang 5-10 minit . Bila the mixtures nampak dah cair , maksud dia dah okay lah tu . (kalau nak rasa less cheesy , lebihkan susu pekat ye)


                                        

2. Pilih bekas , dasar bekas tu first sekali kita sapukan mixture tadi dengan rata. next, kita susun biskut elok elok bagi rata kat atas permukaannya . (sila rujuk gambar dibawah )

3. Lepastu, kita sapukan mixture tadi tu ke atas biskut yang telah disusun comel sebentar tadi . Sapu bagi rata tau ! nanti tak jadi , hehe


4. The next step is tabur kan serbuk Milo diikuti dengan serbuk oats keatas permukaan mixture tersebut dengan rata. Actually mana mana dulu tak kisah , ikut sesedap rasa .


5. Selepas habis menabur serbuk berkenaan , sila ulang langkah dia atas bermula dengan susun biskut atas taburan serbuk Milo , kemudian sapu mixture rata rata, next tabur lagi serbuk milo and oats, then susun biskut ........... sampai habis mixture tadi tu . selalu nya boleh dapat dalam 4/5 lapis (jumlah lapisan bergantung pada jenis bekas yang digunakan) .

6. Dah siap dah pun . sekarang kita seal kan biskut kita then masukkan dia ke dalam fridge semalaman . Esok pagi dah boleh buat breakfast, yay ! 

Sekian sahaja , sebarang kemusykilan boleh terus tanya okay . Selamat mencuba ! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...